BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 20 Julai 2020 - Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, menerima panggilan telefon dari rakan sejawatnya, H.E. Kono Taro, Menteri Pertahanan Jepun hari ini.

Kedua-dua Menteri telah membincangkan mengenai krisis global berkaitan dengan pandemik COVID-19. Mereka saling berkongsi mengenai langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang dilakukan oleh kedua-dua negara, terutama peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Japan Self - Defense Forces dalam membendung penularan COVID-19. Mereka turut menyatakan komitmen untuk mempertingkat hubungan pertahanan dua hala berdasarkan kepentingan bersama kedua-dua negara