BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 16 Julai 2020 - YBhg. Datuk Muez bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan pada hari ini telah menyempurnakan Majlis Amanat Pegawai Pengawal dan Penganugerahan Pusat Tanggungjawab (PTJ) Terbaik Kementerian Pertahanan Tahun 2019 di Dewan Perkasa Wisma Perwira ATM.

Bagi tahun kewangan 2019, pemilihan PTJ Terbaik dibuat mengikut 5 kategori berdasarkan kluster bilangan bil iaitu Sangat Kecil, Kecil, Sederhana, Besar dan Mega.

3 PTJ Terbaik Kategori Sangat Kecil dianugerahkan kepada Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat dan Bahagian Pengurusan Maklumat.

Bagi Kategori Kecil, 2 PTJ terbaik adalah Akademi Tentera Darat dan Markas 5 Divisyen manakala bagi 5 PTJ Terbaik Kategori Sederhana adalah Markas 2 Divisyen, Markas 10 Bgd PARA, PU Butterworth, Markas 2 Bgd dan MPOU.

Seterusnya, bagi Kategori Besar, 2 PTJ terbaik adalah Depot Bekalan Armada Barat dan Markas 3 Div. Markas Pemerintahan Bantuan Udara dinobatkan sebagai PTJ Terbaik untuk Kategori Mega dan bagi PTJ Terbaik Keseluruhan Tahun 2019 telah dimenangi oleh Markas 2 Divisyen.

Majlis turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima-Panglima Perkhidmatan, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha serta Pegawai Kanan Awam dan ATM.