BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 14 Julai 2020 – Majlis Penyerahan Sumbangan oleh Rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia kepada petugas barisan hadapan COVID-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diadakan di Wisma Pertahanan hari ini.

Sumbangan topeng muka pakai buang dan cecair pembasmi kuman bernilai RM40,000 tersebut telah diserahkan oleh Pengarah eksekutif 7-Eleven Malaysia Tan U-Ming kepada Ketua Setiausaha, Datuk Muez bin Abd Aziz.

Pengarah eksekutif 7-Eleven Malaysia Tan U-Ming dalam satu kenyataan mengatakan bahawa sumbangan itu adalah tanda penghargaan dan terima kasih kepada anggota tentera barisan hadapan menjalankan tugas mereka dalam mencegah penularan COVID-19.