BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2020 - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Kanan Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob di Istana Negara.

Pertemuan yang bermula pada pukul 10.45 pagi itu, berlangsung selama satu jam. Al-Sultan Abdullah berkenan mengambil maklum mengenai peranan dan usaha dilaksanakan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ke-115 pada hari ini.