BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

LUMUT, 4 Julai 2020 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez bin Abd Aziz hari ini menyaksikan Majlis Penyerahan Pusat Penyenyap Kapal (PPK) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE).

Majlis Penyerahan telah disempurnakan oleh Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah bersama Dr. Mohmad Asri bin Abd Ghani, Ketua Pengarah STRIDE. PPK TLDM kini dikenali sebagai Pusat Degaussing STRIDE dalam usaha STRIDE dalam memodenkan fasiliti asal dan meningkatkan keupayaan PPK di masa hadapan.

Ketua Setiausaha Pertahanan bersama delegasi turut berpeluang menyertai sesi menembak di Padang Sasar KD PELANDOK.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Datuk Hj. Ruji bin Hj. Ubi, Pegawai-pegawai Kanan Awam STRIDE dan TLDM.