BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

PUTRAJAYA, 2 Julai 2020 – Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Maktab Ketahanan Nasional (MKN) telah menganjurkan National Resilience College Round Table 2020 bersama 20 pegawai kanan daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Membincangkan topik “Armed Forces Capability Development Strategy: Towards Military Security and Preparedness”, program ini telah dihadiri oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM selaku ahli panel jemputan manakala Komandan MKN, Mej Jen Dato’ Hj Md Yusof bin Abd Aziz bertindak sebagai moderator.

Pegawai kanan yang terlibat merupakan penuntut Kursus Ketahanan Nasional (KKN) 2020 yang berpangkat Brigedier Jeneral / Kolonel dan setaraf. Sesi ini diadakan adalah bertujuan untuk mencapai “learning outcome” dan kesinambungan pembelajaran akademik melalui perbincangan aspek-aspek yang berkaitan dengan Pembangunan Keupayaan (Capability Development) ATM untuk memahami sepenuhnya grand strategi ATM pada masa akan datang.

MKN adalah pusat pengajian tertinggi ATM dan telah memulakan sesi pengajian KKN pertama bermula 3 September 2019 untuk tempoh setahun. Objektif kursus ini adalah bagi melahirkan pemikir strategik berkualiti sebagai seorang negarawan (statesman) yang mampu menggunakan “elements of national power” ke arah keselamatan, kestabilan dan kemakmuran negara.