BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2020 – Majlis Penyerahan Sumbangan Personal Protective Equipement (PPE) oleh Syarikat Pt Bayan Resources kepada petugas barisan hadapan COVID-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diadakan di Wisma Pertahanan hari ini.

Sumbangan berbentuk Satu Juta Keping Pelitup Muka dan 15,000 Set Pakaian PPE telah diserahkan oleh Encik Lim Chai Hock, Ketua Pengarah Operasi Syarikat PT Bayan Resources kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’Hj Affendi bin Buang TUDM.

Turut hadir Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Redzuan bin Hj Baharuddin, Ketua Staf Markas ATM dan Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan (Dr.) Md Amin bin Muslan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan.