BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2020 - Menteri Kanan Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkongsi pengalaman kejayaan Malaysia menangani dan mengawal penularan pandemik COVID-19 melalui satu program bual bicara atas talian yang disiarkan secara langsung

di Tawaf TV, sebuah stesen televisyen atas talian Indonesia.

Bual bica bertajuk "Mengintip Sukses Malaysia Mengendalikan COVID-19 di Masa Sulit, and WHAT'S NEXT?" turut menampilkan dua lagi panel dari Indonesia iaitu Gabenor Jawa Barat, H. Mochamad Ridwan Kamil dan Wakil Ketua Umum Dewan Masjid Indonesia, H. Syafruddin Kambo.

Program diskusi satu jam ini telah dikendalikan oleh Ustadz Febrian Amanda, Ketua Jaringan Alumuni Timur Tengah Indonesia yang bertindak sebagai moderator program.
Dalam perkongsiannya, YB Menteri turut menceritakan langkah tepat kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat sejak Mac lalu yang akhirnya dilihat berjaya menyekat penularan drastik COVID-19.

Selain itu, beliau juga turut menjelaskan langkah kerajaan mengumumkan beberapa pakej rangsangan ekonomi termasuk Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN Plus dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah berjaya meringankan beban rakyat serta merangsang ekonomi negara walaupun berhadapan dengan penularan wabak COVID-19.