BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 30 Jun 2020 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato Sri' Ismail Sabri Yaakob telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Thailand ke Malaysia, H.E. Narong Sasitorn dan bersama delegasi di pejabat YB Menteri hari ini.

Antara perkara yang telah dibincangkan adalah mengenai hubungan kerjasama pertahanan Malaysia-Thailand dan perkembangan terkini situasi COVID-19 di kedua-dua negara.

Terlebih dahulu, YB Menteri telah menerima kunjungan hormat daripada Thomas Albrecht, wakil Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian UNHCR ke Malaysia.