KUALA LUMPUR, 24 Jun 2020 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan telah menyampaikan Anugerah Pekerja Contoh (Awam) Peringkat Kementerian Pertahanan Tahun 2019 semasa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) Bil. 15/2020 di Bilik Bunga Raya, Wisma Pertahanan, hari ini.
Anugerah Pekerja Contoh (Awam) Peringkat Kementerian Pertahanan Tahun 2019 telah dibahagikan kepada empat kategori iaitu Kumpulan Pengurusan & Professional (Gred 41- 48), Kumpulan Pelaksana (Gred 29 – 40), Kumpulan Pelaksana (Gred 19 – 28) dan Kumpulan Pelaksana (Gred 1 – 18).
Senarai penerima adalah seperti berikut:
i. Mohammad Sobri bin yahya, Pegawai Tadbir & Diplomatik gred M48 Bahagian Khidmat Pengurusan
( Kategori kumpulan Pengurusan Profesional (gred 41 - 48) )
ii. Ainor Radziah binti Zulkifli, Penolong Akauntan Gred W32 Bahagian Akaun
( Kategori kumpulan Pelaksana (gred 29-40) )
iii. Noorizan binti Kamarudin, Pembantu Pustakawan Gred S22 Bahagian Undang-undang
(Kategori kumpulan Pelaksana (gred 19-28) )
iv. Rizuan bin Ismail - Pembantu Operasi Gred N11 Bahagian Khidmat Pengurusan
(Kategori kumpulan Pelaksana (gred 1-18)
Semua penerima telah menerima sijil dan cenderahati semasa majlis penyampaian tersebut. Turut hadir pada majlis tersebut ialah barisan Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan ahli-ahli MPT.