BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2020 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob telah menyampaikan Amanat 100 Hari Menerajui Kementerian Pertahanan sebentar tadi.

Dalam ucapannya, YB Menteri telah menggariskan beberapa fokus dan hala tuju kementerian pada masa hadapan, di antaranya dengan memperkasakan ATM dari segi aset dan persenjataan.

Menurut beliau, selain daripada disiplin yang tinggi di kalangan anggota ATM, kelengkapan aset juga merupakan satu faktor penting kepada kesiagaan ATM.

YB Menteri menegaskan bahawa sistem teknologi yang digunakan oleh ATM harus dipertingkatkan selari dengan perkembangan teknologi terkini.

Tambahnya lagi, Kementerian Pertahanan juga akan memperkasakan industri pertahanan agar Malaysia dapat menjadi sebuah Negara yang kuat dalam industri pertahanan di rantau ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut menekankan aspek kebajikan semua anggota tentera khususnya berkaitan keselesaan Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT) dan juga kebajikan veteran ATM.

“Walaupun aspek persenjataan dan disiplin yang tinggi tetapi jika kebajikan tidak terjaga ia akan melemahkan semangat anggota”, katanya.

Terlebih dahulu, YB Menteri Pertahanan turut telah merasmikan Dataran Wisma Pertahanan.

Hadir sama, Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Muez bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM Panglima Angkatan Tentera serta pegawai kanan awam Mindef dan ATM.