BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 16 Jun 2020 - YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Pertahanan Malaysia telah mengadakan sidang video bersama TYT Prabowo Subianto, Menteri Pertahanan Republik Indonesia hari ini.

TYT Prabowo Subianto telah menyampaikan ucapan tahniah kepada YB Menteri di atas pelantikannya sebagai Menteri Kanan (Keselamatan) dan Menteri Pertahanan Malaysia.

Dalam perbincangan tersebut, kedua-dua Menteri memperakui hubungan dua hala yang telah sekian lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia. Perbincangan yang terbuka merangkumi topik yang luas antara kedua-dua Menteri mencerminkan keakraban kedua- dua negara. Walaupun berdepan dengan situasi penularan wabak COVID-19, kedua-dua Menteri Pertahanan mengesahkan komitmen untuk mempertingkatkan hubungan pertahanan dua hala dan menekankan pentingnya memperluas kerjasama sedia ada demi kepentingan bersama.

Kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Indonesia telah lama terjalin dan terus berkembang melalui Jawatankuasa Am Persempadanan yang telah ditubuhkan pada tahun 1972. Hubungan pertahanan ini turut diperkukuhkan melalui beberapa inisiatif keselamatan sub-rantau seperti Malacca Straits Patrol (MSP) dan Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) yang melibatkan Filipina.

Sebelum sesi sidang video tersebut, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Md Shahidul Islam, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia.