BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 5 Jun 2020 - Buat julung kali, bagi membendung impak daripada COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pada 27 Februari 2020, Kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE), diikuti pula pada 27 Mac 2020 iaitu pengumuman berkaitan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN.

Program ini bertujuan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi domestik yang terkesan akibat penularan wabak pandemik ini. Oleh itu pada 4 dan 5 Jun 2020, Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah mengadakan Cabutan Undian bagi Projek PRE dan PRIHATIN secara siaran langsung di Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia yang telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha, YBhg Datuk Muez bin Abd Aziz.

Negeri yang terlibat bagi undian pada hari Khamis, 4 Jun 2020 adalah Wilayah Persekutuan Labuan, Johor, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Undian seterusnya bagi negeri Negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berlangsung pada hari ini, Jumaat, 5hb Jun 2020. Sebanyak 7,448 syarikat yang berdaftar pada Isnin, 1 Jun 2020, yang mana hanya 4981 syarikat yang layak bagi menyertai proses pengundian. Manakala 2467 syarikat adalah tidak layak. Sebanyak 322 kerja diundi telah dilaksanakan bagi kerja projek kecil yang bernilai RM100,000 ke bawah di seluruh Malaysia di pelbagai daerah dengan pelbagai pengkhususan. Jumlah keseluruhan bagi projek kerja undi PRE & PRIHATIN berjumlah RM21.95 juta.