BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

Putrajaya, 1 Jun 2020 - Sambutan ulang tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-62 tahun ini akan disambut dengan normal baharu antaranya dengan menggunakan medium elektronik sebagai perantara.

Menteri Kanan Keselamatan, YB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata sambutan juga akan diadakan secara kecil-kecilan dan tiada perhimpunan atau istiadat perbarisan dilakukan.

"Hari ini adalah sambutan ulang tahun TUDM ke 62, namun dalam tempoh ini, tiada sambutan dilakukan malah perutusan kepada tentera udara juga akan disampaikan secara maya sahaja.

Beliau sebelum itu mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat ulang tahun ke-62 kepada warga TUDM.

"TUDM hari ini memasuki fasa usia ke-62 tahun dan menjadi kuasa udara yang disegani.

"Tema sambutan iaitu 'Berupaya Bersiaga Kedaulatan Terjaga' pastinya menyemarakkan semangat warga TUDM untuk menjaga amanah supaya sentiasa terpelihara dalam keadaan siap siaga," katanya dalam sidang akhbar harian, tadi.

Beliau turut berharap seluruh warga TUDM akan terus komited dan cemerlang dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.