BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

SUBANG, 27 Mei 2020 - No. 20 Skuadron telah melaksanakan satu penerbangan ihsan hari ini bagi membawa bayi yang menghidap masalah jantung (severe coarctation of aorta and possible cornelia de lange syndrome) yang memerlukan rawatan segera di Institut Jantung Negara (IJN).

Bayi kepada Puan Azlinawati yang berusia 60 hari ini telah diterbangkan daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu ke Pangkalan Udara Subang dengan menggunakan pesawat Charlie 130 Hercules (C-130H) dari No. 20 Skuadron.

Pesawat yang diterbangkan oleh Mej Hamdi bin Tajuddin TUDM dan pembantu juruterbang, Mej Muhammad Izwanshah bin Azman TUDM mengambil masa lebih kurang 50 minit ini telah selamat tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 12.50 tengah hari. Urusan penerbangan ihsan ini turut dibantu enam (6) anak kapal dan para petugas kesihatan.

TUDM sentiasa bersiapsiaga dan terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab termasuklah tanggungjawab sosial kepada masyarakat dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan negara terus dipelihara terutama kepada golongan yang sangat memerlukan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anak kapal yang terlibat iaitu:
Mej Hamdi bin Tajuddin TUDM
Mej Muhammad Izwanshah bin Azman TUDM Kapt Azham TUDM
Kapt Sollihin TUDM
Kapt Anuar TUDM
F/Sjn Firdaus
Sjn U Shukor
Sjn U (W) Suhada