BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

Seri Kembangan, 25 Mei 2020, - Menteri Kanan Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah membuat lawatan ke Pusat Kuaratin dan Rawatan COVID-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang MAEPS, di sini hari ini.

Tujuan lawatan ini adalah bagi melihat sendiri operasi dan kemudahan yang disediakan di pusat ini serta menyantuni para petugas barisan hadapan yang bertugas meskipun dalam suasana sambutan Aidilfitri.

Ketibaan YB Menteri Kanan Pertahanan telah disambut oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dan kemudianya disusuli oleh taklimat pusat kuaratin yang disampaikan oleh Timb Pengarah 1 PKRC COVID-19 MAEPS, Kolonel Dr Mohd Arshil bin Moiden sebelum dibawa melawat ke sekitar pusat kuaratin ini bagi melihat tatacara pengoperasian di sini.

Turut hadir Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato' Haji Mohd Nazir bin Hj Mami; Timbalan Ketua Pengarah Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), En Zakaria bin Shaaban serta Ketua Pengarah Imigresen, Dato' Indera Khairul Dzaimee bin Daud.