BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2020  - Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM hari ini meninjau atur gerak dan rutin rondaan yang dilaksanakan warga Kapal Diraja (KD) Jebat menerusi Operasi (Op) Benteng yang kini mengawasi perairan zon ekonomi eksklusif (ZEE) di sekitar Selat Melaka. 

Menurut kenyataan itu, Op Benteng diaktifkan di bawah Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) dengan ATM diberi mandat untuk menyelaras operasi kawalan persempadanan negara bersama-sama agensi penguatkuasaan dan keselamatan lain termasuk Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen serta Jabatan Sukarelawan Malaysia.

“Operasi ini adalah untuk mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi pendatang tanpa izin dan mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19. 

Selain itu, tumpuan utama dalam operasi bersepadu tersebut adalah untuk mengesan dan menahan tekong laut serta darat yang memainkan peranan dalam mengaturkan perjalanan keluar dan masuk pendatang tanpa izin ke negara ini. 

Turut mengiringi ialah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Armada Barat (TLDM) Datuk Aris Adi Tan Abdullah.