BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2020 - Markas Angkatan Tentera Malaysia telah menerima sumbangan pelindung muka (face shield) dan thermometer hasil sumbangan dari Proton Malaysia.

Assisten Ketua Staf Logistik Pertahanan, Mejar Jeneral Meor Anuar Shuhaili bin Mohd Ramli telah menerima sumbangan tersebut bagi mewakili Ketua Staf Markas ATM.

Untuk rekod, pada mulanya, tujuan PROTON menghasilkan pelindung muka tersebut adalah khusus untuk petugas barisan hadapan perubatan namun bermula pada 4 Mei, Syarikat telah mula menghasilkan fasa kedua peralatan tersebut. Dengan mendapat kerjasama daripada syarikat induk iaitu DRB-HICOM, pelindung muka tersebut kemudiannya diedarkan kepada petugas barisan hadapan COVID-19 yang lain seperti polis (PDRM), angkatan tentera (ATM) dan industri perkhidmatan lain.

Untuk fasa kedua ini, Proton telah menghasilkan tambahan 60,000 pelindung muka dan edaran akan ditumpukan kepada anggota PDRM dan ATM.