BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

Kuala Lumpur, 4 Mei 2019 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini berkenan menerima menghadap YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan menerusi sidang video petang tadi.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mengambil maklum mengenai peranan dan usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Melalui sesi sidang video selama 20 minit tersebut, Baginda turut berkenan mengambil maklum langkah dan tindakan yang dilaksanakan Kementerian Pertahanan dan ATM bagi memperketatkan kawalan sempadan negara dan menangani isu pencerobohan pendatang asing.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak kerajaan khususnya petugas barisan hadapan yang telah bertungkus lumus dalam memastikan penularan wabak COVID-19 ini dapat dihentikan.