BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

PUTRAJAYA, 3 Mei 2020 - Malaysia adalah sebuah negara berdaulat dan mempunyai undang-undang sendiri yang perlu dilaksanakan bagi memastikan kepentingan rakyatnya serta negara.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kerajaan tidak boleh membenarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) bergerak bebas di negara ini, walaupun mereka sebelum ini menjalani kuarantin COVID-19 di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Justeru katanya, kerajaan melalui Jabatan Imigresen berhak mengambil tindakan ke atas golongan itu.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Amnesty International yang mengkritik tindakan kerajaan menahan PATI di beberapa kawasan di ibu negara, berikutan kebimbangan risiko penularan COVID-19.

Beliau menegaskan, walaupun PATI itu dibawa ke depoh tahanan, namun Jabatan Imigresen tetap memastikan penjarakan sosial dilaksanakan bagi mengelakkan penularan virus itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP di Putrajaya, hari ini.