BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 27 April 2020 - Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hadir melihat proses pelepasan pelajar-pelajar IPT ke kampung halaman masing-masing di Universiti Malaya malam tadi.

Beliau turut menyampaikan sumbangan bekalan makanan sahur kepada para pelajar sebelum mereka bergerak menaiki bas yang telah disediakan.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Rosli Yaakub dan Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Hashim.

Sebanyak 10 buah bas membawa 171 orang pelajar dari enam buah IPTA termasuk Universiti Malaya, bergerak pulang ke 10 destinasi di tiga buah negeri iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Kesemua 10 buah bas meninggalkan perkarangan Dewan Tunku Canselor pada kira-kira jam 11.45 malam tadi.