BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 25 APRIL 2020 -  Kerajaan tidak akan berkompromi selain sentiasa tegas dalam memastikan sempadan dan kedaulatan negara tidak dicerobohi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemantauan bagi mengawal sempadan termasuk ‘lorong tikus’ terus diperhebatkan dan diperketatkan.

Menurut beliau, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, seramai 84 individu telah ditangkap kerana mencerobohi negara ini melalui 'lorong tikus'.