BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 24 April 2020 - Ketika umat Islam menjamu selera menikmati juadah berbuka puasa pada hari pertama Ramadan, suasana yang berbeza dilalui oleh pasukan keselamatan yang bertugas bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi.

Meskipun berpuasa, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Op Covid-19 di sekatan jalan raya dilihat melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Sebelum ini media melaporkan kira-kira 7,000 anggota ATM dan 42,000 anggota polis terbabit penugasan sekatan jalan raya sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac lepas.

Kredit : Bernama