BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 22 April 2020 - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membina sembilan menara tinjau di Pusat Bandar Utara dan kawasan sekitar Pasar Borong Selayang di sini, yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 3 Mei ini.

Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi bin Buang TUDM berkata pembinaan menara tinjau di kawasan PKPD ke-6 itu dibuat khusus untuk memantau serta mengawasi pergerakan penduduk setempat di kawasan itu.

"Ini merupakan inisiatif ATM agar anggota lebih mudah melaksanakan tugas memantau sebarang percubaan individu luar untuk masuk ke dalam kawasan PKPD".

Beliau berkata setakat ini, pembinaan menara tinjau hanya dibuat di kawasan PKPD ke-6 sahaja.