BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

PUTRAJAYA, 20 April 2020 - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke-6 akan dilaksanakan di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob berkata, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan untuk melaksanakan arahan PKPD ke-6 itu.
“ PKPD ini berkuatkuasa mulai 20 April sehingga 3 Mei 2020, membabitkan lapan parcel yang dikenal pasti. Langkah ini membolehkan aktiviti pengesanan dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuatkuasa,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, semua penghuni diminta bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Menurut beliau, lapan parcel itu adalah di Parcel A: Jalan 6/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur; Parcel B: Jalan 6/3A dan 9/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur; Parcel C: Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur; Parcel D: Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur; Parcel E1: Taman Sri Murni Fasa 2, Jalan 1/2D, Kuala Lumpur; Parcel E2: Taman Sri Murni Fasa 1, Jalan 1/2D, Kuala Lumpur; Parcel E3: Taman Sri Murni Fasa 3, Jalan 1/2B, Kuala Lumpur dan Parcel F: Taman Batu View dan Taman Batu Hampar, Kuala Lumpur.

Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi, Bilik Gerakan PKP DBKL di 03-4026 7222 atau Pusat Kawalan IPD Sentul di 03-4048 2212.