BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 17 April 2020 - Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob berkata bantuan secara one-off itu akan disalurkan kepada 179,198 veteran yang tidak berpencen, membabitkan peruntukan RM89.5 juta.

Bagaimanapun, pembayaran tidak membabitkan waris mereka.
“Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) akan menguruskan pembayaran ini kepada veteran ATM yang terbabit mulai 23 April yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing.

Beliau berkata, setakat ini, hanya 65,000 veteran tidak berpencen yang telah mendaftar dengan JHEV.

“Ramai lagi yang belum mendaftar, jadi saya menyeru kepada mereka supaya membuat pendaftaran yang akan dibuka sehingga 31 Oktober tahun ini untuk mendapatkan bantuan berkenaan.

“Pendaftaran boleh dibuat melalui http://daftar.jhev.gov.my,” katanya.