BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

PUTRAJAYA, 17 April 2020 - Dakwaan pihak tertentu bahawa polis tiada kuasa menangkap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak berasas, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) jelas memberi kuasa kepada Menteri Kesihatan untuk melantik mana-mana pihak yang sesuai untuk melaksanakan peraturan.

Jelasnya, ini termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membabitkan penguatkuasaan di seluruh kawasan di negara ini termasuk di laut.

“Seksyen 3.1 Akta 342 adalah kuasa Menteri Kesihatan melantik mana-mana pegawai, agensi, termasuk polis, APM, APMM di laut dan sebagainya untuk laksanakan segala perkara berkaitan dengan Akta 342, termasuk peraturan.

Seksyen 3.2 menyebut, pegawai diberi kuasa untuk bertindak dalam bidang kuasa dan kewajipan sebagai penjawat awam, dengan segala kesalahan mengingkari pegawai awam boleh dihukum di bawah akta ini dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar harian harian ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu, seramai 1,057 individu ditahan semalam kerana ingkar PKP dengan 906 direman, manakala 151 individu dibebaskan dengan jaminan polis, dan 622 individu dituduh di mahkamah.

Selain itu, katanya sebanyak 813 sekatan jalan raya telah dilakukan melibatkan pemeriksaan ke atas 557,699 kenderaan, manakala 57,5,220 premis diperiksa.