BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

PUTRAJAYA, 15 April 2020 - Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan tidak akan bertoleransi dengan mana-mana individu yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga.

Menurutnya, individu yang ingkar arahan PKP tidak lagi diberikan notis kompaun, sebaliknya terus dihadapkan ke mahkamah.

Setakat Rabu, jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP adalah sebanyak 11,017 individu.

Beliau dalam pada itu memaklumkan PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan 813 sekatan jalan raya di seluruh negara, dengan membabitkan pemeriksaan terhadap 558,548 kenderaan.

Ujarnya, peningkatan tersebut menunjukkan bahawa masih terdapat banyak kenderaan yang meneruskan perjalanan ketika pelaksanaan PKP.