BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 15 April 2020 - Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima sumbangan bagi pihak kerajaan berjumlah RM1.6 Juta daripada syarikat korporat untuk Tabung COVID-19.

Replika cek dan sumbangan untuk Tabung COVID-19 tersebut telah disampaikan oleh Affin Bank Berhad (RM 1 Juta), Credit Guarantee Corporation (RM 500,000 ribu) dan Redten Resources Sdn Bhd (100,000 ribu) kepada YB Menteri di Wisma Pertahanan disini, hari ini.

Selain wang tunai, YB Menteri turut menerima sumbangan berupa penutup hidung dan mulut daripada Taipei Economic And Cultural Office (100,000), Carlson Das Helicopter (M) Sdn Bhd (10,000) dan face shield daripada Gunung Capital Bhd (3000) untuk digunakan petugas barisan hadapan dalam menangani wabak COVID-19.

Majlis turut dihadiri oleh Datuk Muez bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera serta pegawai kanan awam Kementerian Pertahanan.

#MinDefMalaysia
#COVID19
#KitaJagaKita