BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 14 April 2020 – Memasuki fasa ketiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) esok, bilangan anggota tentera yang bertugas membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkuasakan perintah itu, akan dipertingkatkan.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Affendi bin Buang TUDM berkata, bilangan anggota turut ditambah di lokasi Masjid India di sini, yang kini dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), mulai hari ini hingga 28 April.

“Memang kami (ATM) ada tambah anggota kami di situ (Masjid India) dan setakat ini, lebih 7,000 anggota terlibat (menguatkuasa PKP) di seluruh negara,” katanya.

Beliau mengulas persiapan anggota tentera susulan pelaksanaan PKP fasa ketiga bermula esok sehingga 28 April ini.