BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 2 April 2020 - Majlis Penyerahan 1 juta Sarung Tangan oleh YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi kepada YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertahanan, telah diadakan di Wisma Pertahanan hari ini.

Sumbangan ini adalah untuk keperluan semua petugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat sepanjang penugasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Turut berlangsung adalah penyerahan sumbangan 10,000 3ply Face Mask oleh Syarikat MRI Technologies (M) Sdn. Bhd kepada YB Menteri Pertahanan yang disampaikan oleh Kapten Adzharry bin Jabir (Bersara), Pengarah Executive (Executive Director), MRI Technologies (M) Sdn. Bhd.

Majlis turut dihadiri oleh YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Muez bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM Panglima Angkatan Tentera serta Panglima-panglima Perkhidmatan.