BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 12 Mac 2020 - Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dengan rasminya telah memulakan tugas sebagai Menteri Pertahanan yang baharu. Ketibaan beliau di Wisma Pertahanan telah disambut oleh Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz yang juga memulakan tugas rasmi sebagai Timbalan Menteri Pertahanan hari ini.

Beliau seterusnya mengambil tabik hormat dan menerima Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai oleh Mej Mohd Izham bin Ahmad Rashidi terdiri daripada 3 pegawai serta 103 anggota.

Terlebih dahulu, Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz juga turut mengambil tabik hormat dan menerima Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Hadir pada majlis ini, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez bin Abdul Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM, Panglima-Panglima Perkhidmatan, Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan serta Pegawai-pegawai Kanan Awam Kementerian Pertahanan dan ATM.