BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

Pennsylvania, 6 Mac 20 – Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Darat sekali lagi telah mencipta sejarah sebagai ahli ‘International Fellows Hall of Fame’ pertama dari negara Malaysia dan Tentera Darat Malaysia

khususnya yang dianugerahkan gelaran tersebut dari United States Army War College (USAWC).

Majlis penganugerahan telah berlangsung di USAWC, Carlisle, Pennsylvania bersempena dengan Majlis Penganugerahan Hall of Fame peringkat antarabangsa sebagai ahli yang ke-71. Pengiktirafan ini diberi kepada bekas-bekas penuntut USAWC yang telah berjaya menjawat jawatan tertinggi dalam perkhidmatan masing-masing.
USAWC merupakan sebuah institusi Pendidikan Tentera Darat Amerika Syarikat yang telah diasaskan pada tahun 1901 untuk peringkat Pegawai Kanan Tentera dan awam yang menjurus kepada pembentukan kepimpinan serta tugas dan tanggungjawab Pegawai Kanan.

Komandan USAWC, Major General John S. Kem telah menyampaikan anugerah tersebut dan majlis turut dihadiri dan disaksikan oleh Mantan Komandan USAWC Tahun 2005, Lieutenant General David H. Huntoon dan 4 rakan sekelas yang mana ianya juga merupakan rekod kehadiran Hall of Fame, USAWC bagi rakan-rakan sekelas yang bersama-sama meraikan majlis berprestij ini.

Secara tidak langsung ianya juga merupakan satu kejayaan bagi Tentera Darat Malaysia kerana telah mendapat pengiktirafan diperingkat antarabangsa. Syabas kepada Panglima Tentera Darat ke-27.