BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

KUALA LUMPUR, 25 November 2019 - Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu telah menyampaikan ucaptama di Persidangan MiDAS 2019 pagi tadi.

Persidangan MiDAS ini bertemakan Defending a Maritime Nation: Whither MAF Joint Force akan membincangkan tujuan dan matlamat dalam usaha Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mencapai keperluan Future Force.

Persidangan ini merangkumi aspek-aspek berkaitan keselamatan, pertahanan, ekonomi, politik, logistik, hubungan antarabangsa, ASEAN, pengangkutan dan cabaran-cabaran yang akan dihadapi sebagai sebuah negara maritim yang mempunyai kepentingan di rantau ini. Selain itu, persidangan ini turut membincangkan perspektif berkaitan ancaman yang berkemungkinan datang dari laut yang berkonsepkan conventional warfare atau unconventional warfare.

Panel bagi persidangan ini melibatkan dua kumpulan iaitu kumpulan pemikir akademik dan wakil dari Angkatan Tentera Malaysia yang merangkumi Panglima Perkhidmatan daripada perkhidmatan Darat, Laut dan Udara.

Turut hadir dalam persidangan ini adalah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin; Panglima-Panglima Perkhidmatan serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ATM.