BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

LUMUT, 27 Sept 2019 - Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj. Zulkifli bin Hj. Zainal Abidin telah menyempurnakan Perbarisan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-86 di Padang Kawad KD PELANDOK, Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Perbarisan yang bertemakan ‘Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama’ ini melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Perbarisan berkekuatan seramai 54 Pegawai dan 868 anggota ini melibatkan 12 kontinjen termasuk 3 Kontinjen Wanita dari setiap perkhidmatan ATM diketuai oleh Komander Yusman bin Darmawan TLDM.

Turut hadir ke majlis ini ialah Panglima Tentera Darat Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi; Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany; dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato Sri Haji Affendi bin Buang TUDM.