BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 10 Sept 2019 - Lawatan Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Desa Tun Hussein Onn (DTHO) bagi meninjau kerja-kerja menaik taraf & senggaraan di Blok E2 pagi tadi.

Turut mengiringi beliau, Ketua Pengarah BPKP, Brig Jen Ir Anhar bin Anuar & Pegawai Memerintah 94 (UPKAT) Kol Zulkifli Hj Ahmad.

Seperti yang telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1 bahawa terdapat sebanyak 9,744 unit RKAT ATM telah mengalami kerosakan dan tidak dapat diduduki. Kementerian bersama ATM telah mengenal pasti unit-unit RKAT berkenaan dan dalam tindakan untuk memuktamadkan Blueprint Perumahan 2.0 yang merangkumi program Senggaraan dan Naik Taraf RKAT ATM. 

Pada masa ini sebanyak 1,474 unit dalam tindakan senggaraan dan dinaik taraf di kem-kem tentera seluruh negara menggunakan Peruntukan Khas 2019 sebanyak RM50 juta, manakala sebanyak 8,270 unit lagi akan disenggara dan dinaik taraf secara berperingkat melibatkan tempoh pelaksanaan selama 10 tahun iaitu bermula 2020 sehingga 2030.

Daripada jumlah RM50 juta Peruntukan Khas 2019 yang diberikan, Kementerian memperuntukkan sebanyak RM6.012 juta untuk kerja-kerja senggaraan RKAT di DTHO. Projek-projek senggaraan tersebut melibatkan 134 unit RKAT kelas E, F dan G yang telah bermula pada bulan Mei lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2019.