BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Putrajaya, 1 September 2019- Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1441 H / 2019 M

di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pagi tadi. Dengan tema ‘Negara Rahmah Ummah Sejahtera’, sambutan Maal Hijrah 1441H/2019M tahun ini membawa mesej kepada usaha menjadikan Malaysia negara maju tetapi dalam masa yang sama soal perpaduan dan penyatuan masih diberi keutamaan.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat menghadiri majlis tersebut yang turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pertahanan, YB Mohamad Sabu.