BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021
Slider

KUALA LUMPUR, 6 April 2021 – Kumpulan Kor Perkhidmatan hari ini telah dinobatkan Penganugerahan Pusat Tanggungjawab (PTJ) Terbaik Kementerian Pertahanan Tahun 2020 atas pencapaian cemerlang dalam melaksanakan pengurusan kewangan dan perolehan tahun lalu.

Kumpulan Kor Perkhidmatan ini telah dipilih sebagai PTJ Terbaik daripada 15 PTJ secara keseluruhan kerana telah berjaya memperoleh markah dalam kelompok 3 teratas dan mampu menyelesaikan pembayaran 39,126 bil dalam tempoh 14 hari.

Bagi tahun 2020, pemilihan PTJ Terbaik dibuat mengikut 5 kategori berdasarkan kluster bilangan iaitu Sangat Kecil, Kecil, Sederhana, Besar dan Mega.

Turut berlangsung adalah penyerahan sijil pencapaian 100% AIMS Kementerian Pertahanan bagi tahun 2020 oleh Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz yang turut menyempurnakan majlis ini di Auditorium Wisma Pertahanan, disini, hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima-Panglima Perkhidmatan, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha serta Pegawai Kanan Awam dan ATM.