Pegawai JLKN Tak Beradab-Berita Harian
Jumaat, 18 Disember 2009 00:00

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) ingin merujuk kepada aduan "Rakyat Didahulukan" berhubung dengan "Pegawai JLKN Tak Beradab" yang disiarkan dalam Berita Harian pada 31 Oktober 2009.Terlebih dahulu pihak kami memohon maaf di atas sikap pegawai berkenaan.Kami memang memandang serius perkara ini dan akan berusaha memperbaiki kelemahan-kelemahan kami di masa akan datang. Pihak kami seterusnya akan mengenalpasti pegawai berkenaan dan tindakan yang sesuai akan diambil supaya kes-kes seperti ini tidak berulang di masa hadapan.

Disediakan Oleh:

Bahagian Komunikasi Korporat
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Kementerian Pertahanan Malaysia

Tarikh:5 November 2009

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 05 Januari 2012 15:57