Askar Bujang Tak Disedia Berbuka-Berita Harian
Jumaat, 30 Oktober 2009 11:02

Markas Tentera Darat,Kementerian Pertahanan mengucapkan terima kasih di atas aduan dari “Pesara Tentera 1976, Negeri Sembilan” dalam ruangan Surat & E-mel pada 4 September 2009. Untuk makluman, hasil siasatan yang dijalankan di dapati aduan yang dikemukakan oleh pengadu adalah tidak benar, sebaliknya pasukan ada menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk anggota. Markas Tentera Darat berpendapat dikhuatiri anak pengadu tidak bangun untuk bersahur pada waktu yang ditetapkan.

Pihak Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pertahanan memohon agar pihak Berita Harian menyiarkan kenyataan ini supaya aduan pengadu tidak menimbulkan persepsi negatif terhadap perkhidmatan kami di kalangan orang awam.

Sebarang pertanyaan sila hubungi, Kol Muhammad Daniel @ Damien Bin Abdullah di talian 03-2071 2331.

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 05 Januari 2012 15:55