Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) adalah merujuk kepada sekumpulan kecil pekerja daripada unit kerja yang sama atau melintasi jabatan, bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih, menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja dan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan pihak pengurusan serta melaksanakan keputusan tersebut setelah dipersetujui.

Objektif utama Konvensyen ini adalah seperti berikut:-

penghargaan dan pengiktirafan

Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada staf-staf yang terlibat dalam KIK dengan memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan KIK membuat persembahan;

meyakinkan

Meyakinkan bahawa KIK dapat membantu Pengurusan menyelesaikan masalah berkaitan kerja dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan;

keyakinan

Membuktikan dan memberi keyakinan kepada Perkhidmatan Awam bahawa KIK boleh dilaksanakan dalam sektor awam;

maklumbalas

dan Mendapatkan maklumbalas mengenai masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan KIK dalam sektor awam bagi tujuan untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan program KIK.

Objektif utama Konvensyen ini adalah seperti berikut:-

Dasar Jabatan;
Perjanjian Kesatuan;
Perkara mengenai tindakan tatatertib;
Hal-hal peribadi;
Gaji dan elaun-elaun;
Belanjawan jabatan;
Syarat-syarat perkhidmatan;
Pembahagian tugas;
Dasar kenaikan pangkat dan;
Perkara-perkara lain yang tidak ada kaitan dengan masalah kerja.
Slider