| Lawatan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ke Wisma Pertahanan |
| Isnin, 08 Februari 2010 00:00 |
|
Delegasi ini terdiri daripada Komandan, Timbalan Komandan, Ketua Jurulatih dan Jurulatih dari PALAPES IPTA seluruh Malaysia. Semasa acara tersebut berlangsung, Menteri Pertahanan turut melaksanakan upacara Pemakaian Pangkat Kapten Kehormat Pasukan Simpanan Tentera Laut DiRaja Malaysia (PSSTLDM) kepada Profesor Dr Aziz Deraman. Beliau juga turut menyaksikan majlis menandatangani Sijil Perakuan menyertai Askar Wataniah bagi Pemain Bola Sepak ATM. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan. |
| Terakhir dikemaskini pada Selasa, 09 Februari 2010 11:41 |








Kuala Lumpur 08 Feb 2010 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi menerima Lawatan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ke Wisma Pertahanan.









