Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan
Khamis, 04 Februari 2010 00:00

Kuala Lumpur 04 Feb 2010 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi merasmikan Majlis Pelancaran Talian Bebas Tol Aduan MinDef 1800-222-700 pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan bertempat di Padang Kawad Kem Kementah.

Dalam majlis tersebut, Menteri Pertahanan juga turut menyampaikan Anugerah Pekerja Contoh Kementerian Pertahanan Bil 2 Tahun 2009 serta Upacara Penyematan Pingat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) kepada pegawai awam Kementerian yang pernah melaksanakan tugas bersama Angkatan Tentera Malaysia di Malcon 1 hingga 4 di bawah Misil Unifil Lubnan bermula tahun 2007.

Di samping itu juga, Menteri Pertahanan turut meyampaikan Sijil ISO kepada Bahagian dan Jabatan di bawah Kementerian Pertahanan serta Sijil Amalan Persekitaran 5S kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran dan Jabatan Latihan Khidmat Negara yang telah dianugerahkan Sijil Amalan 5S yang diterima daripada Ketua Pengarah MPC.

Turut hadir ialah Timabalan Menteri Pertahanan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan serta pegawai-pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.

Terakhir dikemaskini pada Isnin, 08 Februari 2010 08:23