Majlis Penghantaran Kumpulan Pendahuluan MALCON East 5
Khamis, 21 Januari 2010 00:00

Subang 21 Jan 2010 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin TUDM menyempurnakan Majlis Penghantaran Kumpulan Pendahuluan MALCON East 5 (ME 5) di dalam misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) bertempat di Pangkalan Udara Subang.

Penghantaran ini adalah Kumpulan Pendahuluan MALCON East 5 terdiri daripada 24 pegawai dan 76 Lain-lain Pangkat serta 4 anggota wanita. Kumpulan Pendahuluan ini diketuai oleh Leftenan Kolonel Subari bin Tomo selaku Komander MALCON East 5.

Turut hadir ialah Panglima Tentera Laut, Panglima Tentera Udara serta pegawai-pegawai kanan tentera Kementerian Pertahanan.