Anda Tanya Kami Jawab

 

DAKWAAN

Adakah benar dakwaan bahawa jika Veteran ATM membeli ubat-ubatan di hospital kerajaan, mereka kini tidak lagi dibenarkan membuat tuntutan semula terhadap ubat-ubatan tersebut seperti sebelum ini?

 

JAWAPAN

Dakwaan ini hanyalah andaian kosong semata-mata. Untuk pengetahuan, bantuan ubat-ubatan ini masih dijalankan seperti kebiasaan dan sebarang perubahan tertakluk jika terdapat sebarang pengumuman yang lain dari pihak yang berkenaan. Buat masa ini, sebarang rawatan di hospital bawah kendalian Kementerian Kesihatan, maka hospital berkenaan akan menyediakan ubat-ubatan kepada Veteran berkenaan.

Jika Veteran membeli sendiri ubat-ubatan berkenaan di hospital atau klinik yang lain, mereka juga boleh membuat tuntutan dengan hospital tersebut. Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) hanya bertanggungjawab pada Veteran ATM yang membuat rawatan di Hospital Tentera sahaja. Segala peruntukan sebelum ini juga telah pun diagihkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, Hospital Universiti dan Jabatan Hal Ehwal Veteran.

Sekian untuk makluman.

 

Sumber Jawapan : Jabatan Hal Ehwal Veteran, Kementerian Pertahanan Malaysia

Cetak Emel

 
ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia  

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
 
 

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Khamis, 18 April 2019.