BIL |
JAWATAN |
1. |
TUKANG K3 |
2. |
PEMANDU KENDERAAN |
3. |
PEKERJA AWAM KHAS |
4. |
ATENDAN KESIHATAN |
5. |
PEMBANTU AM PEJABAT (PELAYAN MES) |
6. |
PEKERJA AWAM |
7. |
PEMANDU/OPERATOR JENTERA PEMUNGGAH |
| |
| 1.1 |
(a) Jawatan : Tukang K3 |
|
Kod Skim 6306
|
| |
(b)Kumpulan : Sokongan Perkhidmatan |
| |
(c)Klasifikasi : Mahir, Separuh Mahir dan Tidak Mahir Perkhidmatan |
| |
(d)Bidang Kemahiran/Ringkasan Tugas :
Tukang Kayu i) Menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan ketukangan kayu seperti membuat kotak, perabot, memasang lantai, dinding dan membaiki alat-alat perabot rosak. ii) Menjalankan kerja-kerja mengilap barang-barang perabot dan sebagainya, dengan menggunakan varnish dan mengilap lantai permainan.
|
| 1.2 |
Jadual Gaji : Gred R9
P1T1 RM721.02 - P1T21 RM1626.04 P2T1 RM763.49 - P2T21 RM1709.28 P3T1 RM807.59 - P3T21 RM1794.23
|
| 1.3 |
Syarat Lantikan : |
| |
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) tamat tingkatan 3 Sekolah Menengah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan; atau. (ii) pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Awam, Pekerja Awam Khas, Pemandu Kenderaan, Operator Loji dan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
(d) (i) mempunyai Sijil Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan atau Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau (ii) lulus ujian kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperakukan oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil MLVK atau Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Tahap 2;
(Gaji permulaan ialah pada Gred R9 : P1T2)
dan (e) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
|
| 1.4 |
Taraf Jawatan : Tetap |
| 1.5 |
Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Tukang K3 adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
|
| 1.6 |
Kekosongan :
Kekosongan hanya terdapat di negeri Kedah, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Melaka.
|
| |
|
| |
|
| 2.1 |
(a) Jawatan : Pemandu Kenderaan |
|
Kod Skim 6700
|
| |
(b)Kumpulan : Sokongan Perkhidmatan |
| |
(c)Klasifikasi : Mahir, Separuh Mahir dan Tidak Mahir Perkhidmatan |
| |
(d)Bidang Kemahiran/Ringkasan Tugas :
Memandu dan menyenggara kenderaan seperti lori, bas, van, kereta dan Forklift untuk kegunaan Kementerian Pertahanan.
|
| 2.2 |
Jadual Gaji : Gred R3
P1T1 RM701.42 - P1T17 RM1354.86 P2T1 RM743.89 - P2T17 RM1423.41 P3T1 RM787.99 - P3T17 RM1493.59
|
| 2.3 |
Syarat Lantikan : |
| |
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan. (ii) memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; (iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan Gred R3 ialah: Lesen D P1T3 Lesen E/E1/E2 P1T4 Lesen F/H P1T5 Lesen G/I P1T6
dan (d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
|
| 2.4 |
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam Gred R1 adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:- (i) mempunyai kelayakan di para 2.3.(c) (ii) dan (iii) di atas; dan (ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
|
| 2.5 |
Taraf Jawatan : Tetap |
| 2.6 |
Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pemandu Kenderaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
|
| 2.7 |
Kekosongan :
Kekosongan hanya terdapat di negeri Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Terengganu.
|
| |
|
| |
|
| 3.1 |
(a) Jawatan : Pekerja Awam Khas |
|
Kod Skim 6680
|
| |
(b)Kumpulan : Sokongan Perkhidmatan |
| |
(c)Klasifikasi : Mahir, Separuh Mahir dan Tidak Mahir Perkhidmatan |
| |
(d)Bidang Kemahiran/Ringkasan Tugas :
Menjalankan tugas berkaitan dengan kerja-kerja yang menggunakan tenaga seperti menjaga kebersihan dan mencantikan kawasan serta tugas stor atau bengkel.
|
| 3.2 |
Jadual Gaji : Gred R3
P1T1 RM701.42 - P1T17 RM1354.86 P2T1 RM743.89 - P2T17 RM1423.41 P3T1 RM787.99 - P3T17 RM1493.59
|
| 3.3 |
Syarat Lantikan : |
| |
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) tamat darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan. (ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
(Gaji permulaan ialah pada Gred R3: P1T2)
dan (d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
|
| 3.4 |
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam dalam bidang berkaitan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pekerja Awam Khas Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(i) mempunyai kelayakan di para 3.3. (c) (ii) di atas; dan (ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
|
| 3.5 |
Taraf Jawatan : Tetap |
| 3.6 |
Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pekerja Awam Khas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
|
| 3.7 |
Kekosongan :
Kekosongan hanya terdapat di negeri Johor.
|
| |
|
| |
|
| 4.1 |
(a) Jawatan : Atendan Kesihatan |
|
Kod Skim 6011
|
| |
(b)Kumpulan : Sokongan Perkhidmatan |
| |
(c)Klasifikasi : Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Perkhidmatan |
| |
(d)Bidang Kemahiran/Ringkasan Tugas :
Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas pembersihan dan membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan berkaitan, mengambil dan merekod data pesakit dan sebagainya di unit-unit tertentu.
|
| 4.2 |
Jadual Gaji : Gred U3
P1T1 RM709.59 - P1T18 RM1452.85 P2T1 RM752.06 - P2T18 RM1531.25 P3T1 RM796.16 - P3T18 RM1611.23
|
| 4.3 |
Syarat Lantikan : |
| |
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) tamat Tingkatan 3 Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan; dan
(d) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
|
| 4.4 |
Taraf Jawatan : Tetap |
| 4.5 |
Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Atendan Kesihatan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
|
| 4.6 |
Kekosongan :
Kekosongan hanya terdapat di negeri Kuala Lumpur, Perak dan Kedah.
|
| |
|
| |
|
| 5.1 |
(a) Jawatan : Pembantu Am Pejabat (Pelayan Mes) |
|
Kod Skim 4845
|
| |
(b)Kumpulan : Pentadbiran dan Sokongan Perkhidmatan |
| |
(c)Klasifikasi : Sokongan Perkhidmatan |
| |
(d)Bidang Kemahiran/Ringkasan Tugas :
(i) Bertanggungjawab mengemas dan menjaga kebersihan dewan makan di mes pegawai ATM.
(ii) Bertanggungjawab mengatur serta memastikan kebersihan perkakas hidangan yang digunakan seperti sudu garpu, cawan, pinggan dan lain-lain sebelum dan selepas digunakan.
(iii) Bertanggungjawab untuk menghidang makanan yang telah disediakan oleh Tukang Masak pada waktu-waktu yang telah ditetapkan ke dewan makan.
|
| 5.2 |
Jadual Gaji : Gred N1
P1T1 RM649.15 - P1T22 RM1506.79 P2T1 RM691.62 - P2T22 RM1583.49 P3T1 RM735.72 - P3T22 RM1661.82
|
| 5.3 |
Syarat Lantikan : |
| |
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i) Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan (ii) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1:P1T2)
|
| 5.4 |
Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Am Pejabat adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
|
| 5.5 |
Kekosongan :
Kekosongan hanya terdapat di negeri Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Pulau Pinang.
|
| |
|
| |
|
| 6.1 |
(a) Jawatan : Pekerja Awam |
|
Kod Skim 6580
|
| |
(b)Kumpulan : Sokongan Perkhidmatan |
| |
(c)Klasifikasi : Mahir, Separuh Mahir dan Tidak Mahir Perkhidmatan |
| |
(d)Bidang Kemahiran/Ringkasan Tugas :
Menjalankan tugas berkaitan dengan kerja-kerja yang menggunakan tenaga seperti menjaga kebersihan dan mencantikan kawasan serta tugas stor atau bengkel.
|
| 6.2 |
Jadual Gaji : Gred R1
P1T1 RM647.51 - P1T14 RM1178.43 P2T1 RM689.98 - P2T14 RM1242.09 P3T1 RM734.08 - P3T14 RM1307.38
|
| 6.3 |
Syarat Lantikan : |
| |
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) tamat Darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan; dan
(ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
(Gaji permulaan ialah pada Gred R1 : P1T3)
dan (b) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
|
| 6.4 |
Taraf Jawatan : Tetap |
| 6.5 |
Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pekerja Rendah Awam adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
|
| 6.6 |
Kekosongan :
Kekosongan hanya terdapat di negeri Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang dan Perak.
|
| |
|
| |
|
| 7.1 |
(a) Jawatan : Pemandu/Operator Jentera Pemunggah |
|
Kod Skim 6751
|
| |
(b)Kumpulan : Sokongan Perkhidmatan |
| |
(c)Klasifikasi : Mahir, Separuh Mahir dan Tidak Mahir Perkhidmatan |
| |
(d)Bidang Kemahiran/Ringkasan Tugas :
Memandu dan menyenggara kenderaan seperti lori, bas, van, kereta dan Forklift untuk kegunaan Kementerian Pertahanan.
|
| 7.2 |
Jadual Gaji : Gred R3
P1T1 RM701.42 - P1T17 RM1354.86 P2T1 RM743.89 - P2T17 RM1423.41 P3T1 RM787.99 - P3T17 RM1493.59
|
| 7.3 |
Syarat Lantikan : |
| |
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i) tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan. (ii) memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; (iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan Gred R3 ialah:
Lesen D P1T3 Lesen E/E1/E2 P1T4 Lesen F/H P1T5 Lesen G/I P1T6
dan (d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
|
| 7.4 |
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam Gred R1 adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(i) mempunyai kelayakan di para 2.3.(c) (ii) dan (iii) di atas; dan (ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
|
| 7.5 |
Taraf Jawatan : Tetap |
| 7.6 |
Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pemandu Kenderaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
|
| 7.7 |
Kekosongan :
Kekosongan hanya terdapat di negeri Kuala Lumpur, Kelantan dan Perak.
|