Official Portal Ministry Of Defence
Majlis Pelancaran Majalah MiDAS Touch
Isnin, 30 Januari 2012 00:00

Kuala Lumpur, 30 Jan 2012 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi menyempurnakan Majlis Pelancaran Majalah MiDAS Touch bertempat di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Majalah MiDAS Touch diterbitkan dengan bertujuan untuk menyampaikan serta memaklumkan kepada warga MinDef, agensi-agensi Kerajaan dan luar negara tentang peranan dan tanggungjawab MiDAS dalam merangka strategi dan polisi keselamatan dan pertahanan negara.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.

Terakhir dikemaskini pada Selasa, 31 Januari 2012 15:41
 
Majlis "Hall Of Fame"
Khamis, 26 Januari 2012 13:13

Kuala Lumpur, 26 Jan 2012 - YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi menghadiri Majlis "Hall Of Fame" bertempat di Maktab Turus Angkatan Tentera, Kuala Lumpur.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera, Panglima-Panglima Perkhidmatan serta pegawai-pegawai kanan tentera Kementerian Pertahanan.

 
Kunjungan Hormat Ke Atas Ketua Setiausaha
Isnin, 16 Januari 2012 00:00

Kuala Lumpur, 16 Jan 2012 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Ahmad menerima Kunjungan Hormat daripada The Defence Secretary India, H.E. Shri Shashi Kant Sharma bertempat di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.

 
MinDef - KSN Town Hall
Khamis, 26 Januari 2012 12:59

Kuala Lumpur, 26 Jan 2012 - Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan hadir ke MinDef - KSN Town Hall bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 26 Januari 2012 13:06
 
Ketua Setiausaha Di Program Selamat Pagi Malaysia
Isnin, 16 Januari 2012 00:00

Kuala Lumpur, 16 Jan 2012 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Ahmad mengadakan Lawatan ke RTM1 dan menjadi tetamu dalam Program Selamat Pagi Malaysia bertempat di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Turut serta ialah pegawai-pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.