30 YEARS
In The
DEFENCE SHOW BUSINESS

Berita Terkini

KUALA LUMPUR, 1 November 2017

Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor melakukan tinjauan persiapan Hospital Medan ARPA bagi Misi Bantuan Kemanusiaan Pelarian Rohingya ke Chittagong, Bangladesh serta mengadakan perjumpaan bersama Tim Hospital Medan Malaysia.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM), melalui mandat yang diberikan oleh Kabinet, telah menyediakan aset Hospital Medan ARPA yang lengkap dengan peralatan perubatan dan bukan perubatan bagi kegunaan Tim Perubatan Malaysia yang diketuai Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Misi Bantuan Kemanusiaan Rohingya di Bangladesh.

Bagi memastikan kelancaran operasi sebenar Hospital Medan Malaysia di kawasan misi, ATM telah melaksanakan latihan dry-run Hospital Medan Malaysia bermula 31 Okt 2017 hingga 1 Nov 2017.

Latihan ini melibatkan 140 doktor pakar, pegawai perubatan serta staf sokongan daripada KKM dan NGO.

Mereka dilatih oleh enam Doktor Pakar dan 40 anggota perubatan pelbagai tred daripada ATM.

Simulasi sebenar susun atur Hospital Medan Malaysia yang disediakan adalah bagi menyediakan anggota Tim Hospital Medan Malaysia ini untuk menghadapi situasi sebenar operasi Hospital Medan di Bangladesh.

Keseluruhan aset dan anggota dijangka diaturgerakkan ke kawasan misi pada bulan November ini.

Bagi fasa pemasangan, seramai sepuluh orang pegawai dan anggota ATM akan membantu untuk memasang hospital medan ini di kawasan misi. Pemasangan dijangka mengambil masa tiga hari. Kesemua pegawai dan anggota ATM ini akan pulang setelah proses pemasangan selesai.

Turut hadir ialah Wakil Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Norhayati Rosli; Ketua Staf Markas ATM, YBhg Leftenan Jeneral Dato' Abdul Halim Hj Jalal; Panglima Angkatan Bersama, YBhg Leftenan Jen Dato' Fadzil Mokhtar; Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Leftenan Jeneral Dato' (Dr) Hj Ya'akop Koming dan Pegawai-Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia.

Pengumuman

  • PERHEBAT menawarkan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran ATM sehingga RM50,000.00. Untuk maklumat lanjut layari www.perhebat.net.my atau hubungi 03-6156 9412 sambungan 212/272

    Selanjutnya

  • Tatacara pemakaian pelawat Kementerian Pertahanan Malaysia

    Selanjutnya

  • Makluman Tender

    Sila klik di sini untuk makluman berkenaan tender.

    Selanjutnya

Facebook
Instagram
Youtube
Twitter
Borang
Contact
RSS
Feedback
Mobile

ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 4163
portal[at]mod[dot]gov[dot]my

Hak Cipta @ 2017 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

×

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

Apakah aspirasi anda untuk Pertahanan Negara di tahun 2050?
Invalid Input

Jantina
Invalid Input

Umur
Invalid Input

Kaum
Invalid Input

Captcha(*)
CaptchaInvalid Input