PORTAL RASMI

KEMENTERIAN PERTAHANAN

MALAYSIA

30 YEARS
In The
DEFENCE SHOW BUSINESS

Berita Terkini

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2017

Majlis Perasmian Nadwah Ilmiah Pegawai-Pegawai Kanan (NAIM) 2017 dan Pelancaran Indeks Syariah peringkat Kementerian Pertahanan telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein.

NAIM 2017 merupakan program tahunan ATM anjuran Jabatan Arah KAGAT dan kali ini ia dianjurkan secara bersama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di bawah Unit Indeks Syariah Malaysia.

Program NAIM 2017 dianjurkan khusus untuk Pegawai-Pegawai Tentera berpangkat Leftenan Kolonel dan setaraf ke atas dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM, Pegawai-Pegawai Kanan Awam gred 48 setaraf ke atas serta peserta-peserta jemputan dari pelbagai agensi beruniform lain yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri dan jemputan Mufti-Mufti Negeri.

NAIM 2017 merupakan salah satu wadah percambahan fikiran untuk merealisasikan objektif umum ATM yang berfungsi sebagai "National Lead Agency."

Bersempena Majlis Perasmian NAIM 2017, Pelancaran Indeks Syariah Kementerian Pertahanan dilaksanakan.

Indeks Syariah Malaysia merupakan sebuah indikator atau kayu pengukur yang dibangunkan oleh JAKIM bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM).

Indeks ini direka bentuk dan dibangunkan bertujuan untuk mengukur tahap keseriusan usaha negara dalam merealisasikan prinsip, nilai dan sistem Islam berasaskan lima prinsip Maqasid Syariah yang utama iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Turut hadir ke majlis ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Baharom (B); Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi; Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Dato' Haji Othman Mustapha, Panglima-Panglima Perkhidmatan, Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ATM.

“Penghayatan Maqasid Syariah Teras Keselamatan dan Pertahanan Negara”.

Pengumuman

  • PERHEBAT menawarkan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran ATM sehingga RM50,000.00. Untuk maklumat lanjut layari www.perhebat.net.my atau hubungi 03-6156 9412 sambungan 212/272

    Selanjutnya

  • Tatacara pemakaian pelawat Kementerian Pertahanan Malaysia

    Selanjutnya

  • Makluman Tender

    Sila klik di sini untuk makluman berkenaan tender.

     

    Selanjutnya

Facebook
Instagram
Youtube
Twitter
Borang
Contact
RSS
Feedback
Mobile

ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 4163
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
×

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

Apakah aspirasi anda untuk Pertahanan Negara di tahun 2050?
Invalid Input

Jantina
Invalid Input

Umur
Invalid Input

Kaum
Invalid Input

Captcha(*)
CaptchaInvalid Input