SESI INTERAKSI PESERTA PROGRAM DPA INTAN TAHUN 2019 BERSAMA KSU

Kuala Lumpur, 8 Julai 2019 - Kunjungan hormat oleh Peserta Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN Tahun 2019 bagi Submodul Strategic Partnership Programme ke atas KSU, Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali di pejabat beliau pagi tadi.

Seramai enam (6) orang peserta DPA ditempatkan di Kementerian Pertahanan mulai 24 Jun 2019 hingga 26 Julai 2019 dan telah ditempatkan di Bahagian-bahagian strategik Kementerian Pertahanan iaitu Bahagian Pembangunan, Bahagian Perolehan, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Bahagian Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan, dan Unit Integriti.

Program ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan kefahaman & penghayatan peserta mengenai sistem pentadbiran di peringkat Persekutuan.

Cetak Emel

 
ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia  

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
 
 

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 12 Julai 2019.